Gem adalah ciri premium Gemini Advanced yang membolehkan pengguna mencipta chatbot AI tersuai. Pengguna bebas mencipta chatbot AI khusus untuk tutor matematik, menjadi panduan pelancong, menjadi latihan untuk pusat khidmat bantuan pelanggan dan banyak lagi. Terbaru, Google telah bekerjasama dengan 2024 World Chess Championship untuk ciri AI khas berkaitan catur.
Chess champ adalah chatbot AI yang boleh membantu/menemani pengguna untuk bermain catur seorang diri. Ia menyokong ciri perbualan, jadi pengguna boleh arahan Gemini menggerakkan buah catur melalui kod atau juga turut boleh marah dan luahkan rasa tidak berpuas hati kepada Gemini. Chess champ adalah salah satu chatbot di bawah Gem. Ciri ini akan tiba bermula bulan Disember nanti.