SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menzahirkan rasa dukacita terhadap penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Menerusi hantaran di laman Facebook Royal Selangor Office pada Jumaat, baginda turut mempersoalkan perlakuan tersebut yang menggambarkan seolah-olah pihak GISBH tidak memahami bahawa kanak-kanak mempunyai hak yang perlu dihormati dan disantuni.