SEREMBAN – Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sesat akan dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang akan bersidang pada November ini.
Mufti Negeri Sembilan, Profesor Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin berkata, ia bagi melihat keperluan dan membuat keputusan sama ada satu fatwa khusus GISBH perlu dikeluarkan atau tidak.