KUALA LUMPUR – Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Helwa ABIM) menyokong langkah Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan kelangsungan pendidikan kanak-kanak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), yang diselamatkan menerusi Op Global.
Naib Presiden ABIM (Helwa), Fatin Nur Majdina Nordin dalam kenyataan berkata, ia bertepatan dengan hak kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah untuk mendapatkan pendidikan, perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan hidup selaras dengan peruntukan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC).