SHAH ALAM – Syarikat GISB Holdings (GISBH) sedang mendapatkan khidmat peguam berhubung isu eksploitasi kanak-kanak yang dikaitkan dengan mereka baru-baru ini.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Nasiruddin Mohd Ali berkata, langkah itu bertujuan membuktikan kebenaran dan mencabar supaya bukti kukuh dikemukakan atas dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat tersebut.