SHAH ALAM – Kehadiran Global Infrastructure Partners (GIP) dalam pegangan saham Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) akan membawa satu peningkatan dari segi kewangan dan kualiti lapangan terbang negara ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata, ini kerana GIP sememangnya terkenal dan terbukti mampu membawa dana daripada pelabur luar.