Petinju terkemuka Indonesia, Frans Hutajulu, mahu bersemuka dengan jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, dalam satu gelanggang untuk beradu kekuatan.
Dia yang dipanggil ‘Roti Kukus’ itu mencabar wakil ONE Championship itu menerusi satu kenyataan selepas memenangi pertarungan dalam kejohanan tinju terbesar Indonesia, Holywings Sport Show, beberapa hari lalu.