ISTANBUL – Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye (AFAD), lapor Agensi Anadolu (AA).
Gempa bumi berlaku pada jam 12.49 tengah hari waktu tempatan (0949 GMT) dan gegaran kuat dirasai di seluruh Istanbul serta wilayah berdekatan, menyebabkan penduduk panik dan keluar meninggalkan bangunan.