KUALA LUMPUR – Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa pada jam 7.24 pagi ini waktu Malaysia berlaku pada jarak 107 kilometer (km) Tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 42 km.