IPOH – Bandar raya Ipoh disahkan selamat meskipun berhadapan dengan gegaran dan bunyi dentuman misteri yang mengejutkan penduduk, minggu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kawasan Ipoh dan berhampiran tidak mengalami apa-apa masalah.