KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam proses memuktamadkan garis panduan pembangunan mampan bagi pusat data.
Sehubungan itu, Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, MITI telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pelbagai agensi kerajaan dan pemain industri pusat data di Malaysia bagi membangunkan garis panduan berkenaan.