ALOR SETAR – Kerajaan Kedah diminta memahami dan mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutama berkaitan penganjuran aktiviti sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, setiap peraturan dalam garis panduan berkenaan amat jelas selain memperuntukkan setiap aturan yang wajar dipatuhi dalam kawasan sekolah.