KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) telah memperkenalkan Garis Panduan Penyediaan RMK13 dan Permohonan Projek Pembangunan 2026-2030 sebagai sumber rujukan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, langkah itu, bertujuan menambah baik dan memperkemas proses pelaksanaan projek pembangunan kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan beberapa pendekatan baharu yang menekankan kawalan kos untuk mengelakkan ketirisan, pembaziran kewangan dan kelewatan projek di seluruh negara.