Ganjaran buat pelajar cemerlang straight A dalam SPM 2024. Semalam telah diumumkan keputusan peperiksaan SPM 2024. Tahniah pada pelajar-pelajar yang berjaya. Bagi mengiktiraf pelajar cemerlang sebuah majlis penuh makna telah berlangsung di Bangi Resort Hotel sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, di mana pihak PTTI tampil dengan inisiatif berani dan berinspirasi dalam meraikan kecemerlangan para pelajar.
Majlis yang disertai oleh ibu bapa, rakan media, guru-guru dan tetamu kehormat termasuk artis popular Bella Astilah dan Nabila Razali, menjadi saksi kepada pelancaran beberapa program penting oleh institusi pendidikan yang kian kukuh dalam sistem sokongan akademik negara ini.