GEORGE TOWN – Sebanyak 341,708 akaun pengguna di lima daerah di Pulau Pinang akan terkesan dengan gangguan bekalan air berjadual (SWSI) dari 25 hingga 28 April, yang terbesar pada tahun ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, gangguan itu susulan pelaksanaan 23 projek pemasangan paip dan kerja penting lain oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang melibatkan kos keseluruhan RM25 juta.