GEORGE TOWN – Gangguan bekalan air di Pulau Pinang hampir pulih sepenuhnya dengan kadar pemulihan mencapai 99 peratus setakat jam 10 pagi pada Isnin.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, sehingga kini kira-kira 337,000 daripada 341,708 pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual (SWSI) April 2025 telah menerima semula bekalan air.