KLANG – Sebuah kereta terbakar hampir 90 peratus setelah bertembung dengan sebuah lori milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Cerakah, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan dari arah Jalan Paip, Meru menghala ke Puncak Alam itu jam 9.15 pagi