KUALA LUMPUR – Pergaduhan berpanjangan atau ‘shiqaq’ yang tidak boleh diperbaiki, menjadi punca pelakon, Diana Danielle memohon cerai terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin.
Perkara itu didedahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader sejurus Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan berkenaan pada jam 9.30 pagi.