< Kembali

Gadis Kudung Kaki Dan Tangan Terharu Dapat Sambung Pengajian

Berita
Dalam Negara
Keluarga
65 Hari

Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.

Walaupun dilahirkan tanpa anggota tangan dan kaki yang sempurna, Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 18, membuktikan semangatnya tidak mudah luntur. Beliau mencipta kejayaan tersendiri apabila diterima sebagai pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal pertama mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam kursus Pelukis Kanan Rekaan Dalaman di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), Kampung Teris.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan