Gadis 17 tahun terpaksa lupakan ‘sementara’ SPM, perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.
Nur Auni Qistina Zahari merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok. Gadis berusia 17 tahun itu terpaksa melupakan sementara cita-citanya menjadi seorang anggota polis kerana tidak dapat ke sekolah sejak setahun lalu.