Tular sebuah rakaman video di media sosial kini yang memaparkan seorang usahawan tempatan melawat mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, usahawan yang dikenali sebagai Juliana Mazlan itu hadir bersama skuad prihatin bagi melawat mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di salah sebuah daerah di negeri ini.