Aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Sri Pahang hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi dengan cuaca hujan sudah mula membasahi perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menerusi rancangan Pesta Penyokong, wartawan lokasi, Karl Nunis berkongsi keadaan semasa padang walaupun cuaca hujan sudah mula turun di Bukit Jalil.