Bahang kehangatan pentas final Piala Malaysia 2024/2025 kian dirasai, berbaki lebih kurang 24 jam sahaja lagi sebelum sepak mula, penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT), Boys of Straits sudah pun tiba di ibu kota hari ini.
Jelas Capo Boys of Straits, Awit, pihaknya tiba sehari lebih awal ke Bukit Jalil adalah demi memastikan segala persiapan yang telah disusun atur berjalan lancar pada hari perlawanan.