PERLAWANAN akhir Piala Malaysia yang menemukan jaguh bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bagaikan hilang seri dan kurang meriah seperti yang diharapkan.
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, suhu serta atmosfera perlawanan akhir itu juga tidak dirasai walaupun hanya tinggal kurang seminggu aksi tersebut akan berlangsung.