SERAMAI 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dari seluruh negeri ini menaiki kira-kira 109 bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA, malam ini.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT (Johor Fan Club), Mohd Fadzli Sapi, berkata, daripada jumlah itu sebanyak 80 bas membawa rombongan Boys of Straits (BOS) yang berlepas dari beberapa lokasi di setiap daerah di negeri ini.