Mengambil langkah berani dengan mencabar diri mengarahkan filem animasi buat pertama kali, pengarah Syafiq Yusof menyifatkan filem Soloz: Game of Life sebagai salah satu karya paling mencabar yang pernah dihasilkannya.
Syafiq, atau nama penuhnya Mohd Syafiq Mohd Yusof, 33, bagaimanapun, berasa puas hati dengan hasil akhir filem tersebut, meskipun proses pembikinannya benar-benar menguji keupayaannya sebagai pengarah dari sudut fizikal dan mental.