< Kembali

Filem 'Dongeng Sang Kancil' Catat Kutipan Awal RM1.5 Juta

Gempak
194 Hari

Tayangan filem ‘Dongeng Sang Kancil’ merekodkan kutipan awal hari pertama dengan jumlah RM1.5 juta.
 
Mula ditayangkan semalam, kutipan itu boleh dikatakan amat membanggakan.

Pembukaan tayangan filem ‘Dongeng Sang Kancil’ semalam dimeriahkan dengan kembara Upin & Ipin bersama Ehsan di pawagam sekitar Lembah Klang menggamatkan lagi suasana penonton terutama si cilik yang mahu menonton filem aksi Sang Kancil yang bijak.
 
Filem terbitan syarikat Les’ Copaque itu nyata memberi cabaran baharu apabila produksi berkenaan melakar sejarah dengan menampilkan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
 
Teknik itu dikatakan mampu memberi pengalaman baharu kepada penonton yang menyaksikan filem tersebut.
 
Selain itu, penonton yang hadir pasti dapat merasakan pengalaman sinematik yang luar biasa dengan penceritaan penuh mendebarkan.
 
 
‘Dongeng Sang Kancil’ ialah filem animasi terbaharu terbitan Les’ Copaque Production yang telah pun ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI