< Kembali

Fikry Ibrahim Nafi Dakwaan Kahwin Paksa, Ada Sebab Tak Hebahkan Perkahwinan - “Saya Percaya Benda Yang Baik…”

Berita
Gempak
130 Hari

Pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai berita perkahwinannya yang tular di media sosial baru-baru ini.
 
Menurut Fikry, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya bersama wanita pilihan hati iaitu Khalizah, sebaliknya dia menunggu majlis tersebut selesai terlebih dahulu.
 
“Saya percaya benda yang baik ni selagi tak pasti jangan kongsikan, jadi saya tunggu sampai selesai. Alhamdulillah perkara yang baik,” katanya menerusi siaran langsung program Melodi.
 
Berbicara mengenai perkahwinannya, Fikry juga turut menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak gembira dan dikahwin secara paksa.
 
Kata Fikry, pada ketika itu banyak perkara yang difikirkannya sebaik sahaja sah bergelar suami.
 
“Ada yang cakap muka tak rela ke awak kena kahwin, saya rasa salah tu, saya bukan buat Akasia, mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir termasuklah menjadi seorang suami ni tanggungjawab dia besar dan kena adil.
 
“Saya ada seorang ibu, saya ada seorang isteri sekarang ini. Adil itu bukanlah sama rata. Adil itu meletakkan hak pada tempatnya,” jelasnya.
 
Dalam pada itu, Fikry juga memaklumkan isterinya kini sedang berada di Kedah menjaga ibunya.
 
“Isteri saya sekarang ini tengah dengan ehsan beliau tengah menjaga ibunda saya tercinta di Kedah. Terima kasih sayang,” ujarnya.
 
Terdahulu, tular satu perkongsian yang dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram bernama Honey Julpaaa.
 
Menerusi beberapa hantaran di Insta Stories miliknya merakamkan Fikry dan Khalizah menyarungkan busana berwarna putih.
 
Malah Fikry juga dilihat melafaz akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
 

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI