Sempena bulan Syawal dan meraikan Aidilfitri, protal majalah Mingguan Wanita di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah mengadakan satu program cukup meriah dengan membawa kegembiraan dan berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim dan asnaf pada 10 Mei 2023 bersamaan 19 Syawal 1444 Hijrah.
Program Sempurnakan Raya Mingguan Wanita bersama FGV Integrated Farming Holding Sdn Bhd adalah ulung kali diadakan bersama Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi yang terletak di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Dan program seumpamanya pula merupakan tahun ketiga dijalankan oleh Mingguan Wanita bersama badan Kerajaan dan juga syarikat atau organisasi swasta.