PEMAJU perumahan, Seni Bahagia Sdn Bhd melancarkan projek perumahan terbaharu mereka, Ferringhi Hills yang terletak pada 30.48 meter dari aras laut di kawasan strategik di Batu Ferringhi.
Pengarah Urusan Seni Bahagia Sdn Bhd, Albert Chuan berkata, perumahan mewah eksklusif teres tiga tingkat yang mengandungi 32 unit itu kini 80 peratus sudah terjual kepada pembeli yang kebanyakkan terdiri daripada pembeli tempatan.