Fenomena gandingan BASS (Bella Astillah-Syed Saddiq) masih lagi menjadi perbualan ramai di media sosial.
Setiap gelagat yang mereka lakukan pasti mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang juga rata-rata mendoakan yang terbaik buat mereka.
Terbaharu, tular sepotong video suntingan memaparkan momen seolah-olah Bella Astillah dan Syed Saddiq ‘berkahwin’.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat momen-momen Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikompilasikan menjadi seperti ‘teaser’ majlis perkahwinan sebenar.
Lebih menarik, latar belakang suara dalam video turut menggunakan skrip seperti yang sering digunakan oleh pengacara majlis perkahwinan, lengkap dengan penyebutan nama Bella dan Ahli Parlimen Muar itu sebagai pasangan pengantin yang diraikan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja dan mendoakan agar video tersebut menjadi realiti.
