KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) boleh mula menentukan sendiri arah tuju FGV Holdings Bhd selepas syarikat itu selesai proses penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia yang akan bermula 28 Ogos ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan Felda bersama-sama koperasi dan peneroka, memberi tumpuan sepenuhnya kepada matlamat asal penubuhan agensi itu iaitu menjamin hak, hasil dan kepentingan peneroka.