PENGENDALI rantaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd telah mengumumkan peletakan jawatan pengerusinya, Datuk Farhash Wafa Salvador, berkuatkuasa pada 30 Mei 2025.
Syarikat tersebut melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata Farhash, yang dilantik sebagai pengerusi pada 3 Januari 2023 meletak jawatan untuk meneruskan kepentingan dalam perniagaan lain.