PETALING JAYA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan daripada 222 pasar tani di seluruh negara meningkat sehingga 15 peratus iaitu RM350 juta sepanjang 2025 berbanding RM300 juta pada tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, walaupun menghadapi persaingan dengan pasar raya dan bisnes baharu, namun pihaknya yakin pasar tani akan bertahan berikutan mempunyai peminatnya tersendiri.