PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan harapan tinggi agar saingan Liga Malaysia musim depan bebas daripada sebarang isu membabitkan mutu pengadilan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, secara keseluruhan prestasi pengadil musim lalu menunjukkan peningkatan yang ketara, khususnya selepas pelaksanaan Sistem Bantuan Video (VAR).