MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seniwati legenda Datin Noor Azizah Azizul Hassan yang meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh kira-kira 3 pagi Isnin.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.