PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk merombak keseluruhan proses pelaksanaan Fasa 2 Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi memastikan keberkesanan program tersebut, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, proses penetapan lokasi menara telekomunikasi perlu dikaji semula susulan pelbagai isu berkaitan ketidaksiapan menara dan kelewatan penyediaan kesalinghubungan oleh syarikat-syarikat yang diamanahkan.