Skuad negara malam tadi mengumumkan kedatangan pemain warisan baru kelahiran Argentina, Facundo Garces, menjelang aksi persahabatan tier 1 menentang Cape Verde di Stadium nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.
Berdasarkan tinjauan di laman sesawang transfermarkt.com, pertahanan tengah berusia 25 tahun itu kini memiliki nilai pasaran sebesar €1.2 juta (RM5.81 juta), bahkan pernah merekodkan nilai pasaran tertinggi, iaitu €4.5 juta (RM21.78 juta), dari Mei 2022 hingga Julai 2023.