BERA- “Sejak remaja adik meminati aktiviti pemotoran sebagai hobinya dan mendapat sokongan keluarga dengan aspek keselamatan menjadi keutamaan.”
Demikian kata Emey Lee, 45, ekoran kejadian yang menyebabkan adiknya, Roslinawati Ramli,33, yang lebih dikenali, Eyna Lee maut selepas RXZ ditungganginya terbabas di Kilometer 394, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuala Terengganu pada Jumaat.