Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC, Akhyar Rashid dalam sebuah majlis akad nikah penuh indah dan bermakna yang berlangsung pagi tadi.
Dengan hanya sekali lafaz tepat jam 10.12 pagi, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi sah dinikahkan oleh bapanya sendiri, Wan Sarmizi Wan Ibrahim di hadapan Jurunikah Pejabat Agama Islam Gombak, Jaslan Ali.