PUTRAJAYA – Portal sistem warga emas (eWarga Emas) yang dilancarkan hari ini dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Noraini berkata, portal itu akan memberi impak positif kepada kerajaan kerana ia dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan agensi yang terlibat dalam merancang, menganalisis, mengurus dan memantau warga emas, kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).