Dari kecil hinggalah ke usia hampir separuh abad ini, saya paling tidak gemar mengemop lantai. Ianya tugs yang menjerihkan. Saban minggu saya lebih berminat mencuci kereta daripada lantai rumah. Bagi insan pemalas seperti saya ini, Eufy Robot Vacuum Omni E25 dilancarkan di Malaysia hari ini bukan sahaja dengan ciri pembersih hampagas tetapi juga dengan mop terbina.
Bahagian pembersih hampagas dilengkapi sistem penyedut Turbo Suction bertekanan 20,000 Pa serta dilengkapi berus DuoSpiral Anti-Tangle Brush, yang mengelakkan isu rambut berpintal. Sementara berus CornerRover Side Brush pula membersihkan sudut bilik dengan lebih baik. Selepas usai membersihkan lantai, ruang debu akan dikosongkan secara sendiri apabila robot pulang ke dermaga simpanan.