TAWAU – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) masih relevan sebagai benteng keselamatan pantai timur Sabah dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan selepas 12 tahun diwujudkan sejak 2013.
Penasihat Pertubuhan Pecegahan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata, ESSCOM yang ditubuhkan selepas insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu telah memainkan peranan penting menyelaras operasi keselamatan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).