KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Sebuah syarikat permulaan teknologi perhubungan awam (PR) tempatan, publiCT.io memperkenalkan ESGNewslytics.AI iaitu sebuah platform yang direka bentuk untuk menambah baik cara syarikat-syarikat menganalisis liputan berita berkaitan topik alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas publiCT.io, Manminder Kaur Dhillon berkata, ESGNewslytics.AI dibina dengan algoritma kepintaran buatan (AI) termaju yang memberi khidmat kepada keperluan khusus ahli komunikasi, pelabur dan pengamal undang-undang.