Juri tetap Kilauan Emas 2025 (KE2025), Ning Baizura, menyifatkan penyingkiran Shah pada konsert minggu kelima bukanlah satu kejutan memandangkan persembahannya kurang menyerlah berbanding peserta lain.
Bagaimanapun, selepas lima minggu menilai persembahan Shah, Ning percaya peserta asal Petaling Jaya ini sebenarnya mempunyai potensi lebih besar, misalnya dalam bidang komedi.