Tijjani Reijnders mempamerkan pesona dan Rayan Cherki menjaringkan gol gemilang ketika dua pemain baru itu membantu Manchester City memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025-26 dengan kemenangan 4-0 ke atas Wolves di Stadium Molineux awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Belanda itu dinobatkan pemain tengah terbaik Serie A sebelum meninggalkan AC Milan untuk bersama City pada musim panas lalu dan segera menunjukkan kelasnya tersendiri dalam penampilan EPL pertamanya.