SUBANG JAYA – Gara-gara enggan membayar denda kerana kehilangan kad pengenalan, seorang jurujual berusia 25 tahun ditahan selepas membuat laporan polis palsu mengatakan disamun.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian samun seperti didakwa lelaki tempatan itu didapati tidak berlaku selepas soal siasat dilakukan terhadapnya apabila dia membuat laporan polis.