COLOMBO – Enam anggota tentera maut akibat kecederaan yang dialami selepas sebuah helikopter Tentera Udara Sri Lanka terhempas ke dalam Takungan Maduru Oya di Wilayah Tengah Utara negara itu pada pagi Jumaat, menurut jurucakap tentera, lapor Xinhua.
Jurucakap Tentera Udara, Eranda Geeganage berkata, terdapat 12 individu di dalam pesawat berkenaan semasa nahas berlaku, termasuk dua juruterbang, dan enam daripada mereka disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke hospital berhampiran.