MELAKA – Polis Melaka setakat ini menerima empat laporan mengenai aktiviti mengedarkan risalah berkaitan kitab Injil dan menyebarkan agama Kristian di hadapan Surau Warisan di Bandar Hilir dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kesemua laporan berkaitan kejadian yang berlaku berhampiran Bangunan Stadthuys itu, diterima semalam dan aduan dibuat empat individu termasuk kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka.