GUA MUSANG – Orang Asli di Kampung Kuala Wias, Pos Tohoi dan Pulat di sini yang terlibat dalam pembinaan Empangan Nenggiri oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal diberikan penempatan baharu susulan perkampungan asal mereka terkesan dengan pembinaan projek hidroelektrik tersebut.
Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), Ir Muhamad Nazri Pazil berkata, penempatan baharu itu akan dibina lengkap dengan kemudahan dan fasiliti yang lebih baik untuk tiga kawasan asal Orang Asli yang terjejas itu.